Poligami Lagi
Tergamak seorang ibu, menjerut 2 anak lelakinya yang masih kecil, hanya kerana tidak mampu membendung nafsu amarah terhadap suaminya.
Suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori, dan mendiami rumah flet, tetapi mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi?
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun. Seorang suri rumah, isteri yang mampu memikul tanggungjawab sempurna. Dua anak lelaki yang comel, seorang berusia 5 tahun dan seorang 1 tahun 5 bulan.Apa yang menyebabkan isteri yang dari raut wajahnya kelihatan seperti seorang yang tenang, melakukan ini semua?
Berbakti kepada suami tercinta, membesarkan dua anak lelaki yang masih kecil, yang pelbagai ragam dan kenakalan. Sudah pasti dengan suami yang jarang pulang ke rumah, dia tertekan. Menjaga rumah dengan dua anak lelaki yang kita sedia maklum tahap aktif dan nakal mereka. Di waktu tertekan begitu, apa yang diharapkan adalah sokongan si suami, namun dia dihujani pula dengan keinginan suami yang ingin berkahwin lagi.
Kasihan, anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Buat Muhammad Aliff Haqimi, 5 dan Muhammad Aliff Hazmi 1 - Masya Allah, indah sungguh nama bidadari syurga ini. Al-fatihah.
------------------------------------------------------------------
Petikan Utusan Malaysia OnlineIsteri enggan bermadu jerut mati 2 anak
Oleh NURUL HUDA HASSAN
|
|
PULAU PINANG 19 Feb. – Seorang isteri yang berang kerana suaminya dikatakan hendak berkahwin lain, bertindak menjerut leher dua anak mereka yang masih kecil sehingga mati dalam satu kejadian menyayat hati di Bayan Lepas, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun dipercayai menjerut leher dua anaknya, Muhammad Aliff Haqimi, 5 tahun 7 bulan dan Muhammad Aliff Hazmi, setahun 5 bulan, ketika mereka nyenyak tidur.
Difahamkan, selepas menjerut leher dua anaknya, suspek menyelimutkan mayat mangsa sebelum si suami pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dijerut dengan wayar seterika.
Katanya, mayat dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.
Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya sambil mengugut hendak membunuh dua anak mereka, jika si suami yang berusia 28 tahun itu enggan pulang segera ke rumah.
Bagaimanapun apabila SMS itu tidak berbalas, kemarahan si isteri semakin tidak terkawal lalu menjerut leher dua anaknya hingga mati di rumah mereka di Flat Taman Indah, Lebuh Batu Maung, Bayan Lepas.
‘‘Namun begitu, si suami tidak membalas SMS tersebut dan hanya pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Menurut Hatta, sampai di rumah, si suami terus masuk tidur dan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada dua anaknya itu.
‘‘Pada pukul 7.40 pagi ini sepasukan polis dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada jiran keluarga terbabit,” katanya.
Difahamkan suami suspek yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui dua anaknya dibunuh sewaktu polis tiba ke rumah berkenaan untuk menangkap si isteri.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis kini menahan suspek dan suaminya bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.
Katanya, mayat dua beradik itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Menurut Hatta, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Ini adalah kejadian kedua melibatkan pembunuhan anak oleh ibu atau bapa dalam tempoh seminggu apabila 14 Februari lepas, seorang bapa menjerut leher dua anaknya selepas dikatakan berselisih faham dengan isterinya.
Dalam kejadian di Villa Angsana, Sentul, Lee Tian Siang, 39, yang tertekan selepas gagal memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) ditemui mati akibat meminum bahan pencuci lantai selepas menjerut leher dua anaknya, Lee May Shan, 9, dan Lee Wei Shan, 7.
Sementara itu, Pakar Patologi HPP, Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, dua kanak-kanak itu disahkan mati ekoran sesak nafas akibat dijerut.
Katanya, kedua-dua mangsa telah mati 12 jam sebelum mayat mereka dibawa ke HPP untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, jiran suspek memberitahu, kira-kira pukul 6.45 pagi ini suspek datang ke rumahnya sambil menangis tanpa henti.
‘‘Dia datang ke rumah tapi tak cakap apa-apa... cuma menangis dan kemudian mengajak saya ke rumahnya.
‘‘Saya tanya lagi kenapa dan apa yang terjadi... dia jawab, saya tak tahu apa yang saya buat... anak-anak saya sudah tiada,” ujarnya.
Menurut jiran itu, dia mengucap panjang sejurus melihat keadaan mayat dua beradik itu yang kaku lalu mengambil kain dan menutup mayat tersebut.
Katanya, dia kemudian menyuruh suspek mandi dan mengambil wuduk dan meletakkan surah Yasin pada kepala salah seorang mangsa.
‘‘Saya kemudian memberitahu suami saya yang terus menelefon pihak polis,” katanya.
Sementara itu, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Batu Maung selepas waktu Asar hari ini.
5 Comments:
InsyaAllah mereka akan menjadi bidadari syurga.. dan semoga ibunya insaf, bertaubat & dosanya diampunkan Allah kerana dia tetap ibu yg mengandungkan & melahirkan mereka..
ajami: terima kasih sudi datang. harapannye begitulah. dan juga semoga masarakat sekeliling tidak menyalahkan ibu itu seorang.
Salam kenal dari kak azi..
AlFatihah buat arwah..
Ada pepatah..
Ikut hati mati dan kalau ikut rasa akan binasa..
(tumpang lalu)
Memang sedih...
Jika benar isteri tu bunuh dua anak dia sendiri, pastinya dia dah gila ekoran dari tekanan perasaan.
1. Dekatkan diri pada tuhan
2. Jangan cintakan manusia terlebih sangat
3. Suami nak kahwin lain? jika mampu, benarkan saja, jika tidak mampu, minta bantuan pihak ketiga
ajzie: salam perkenalan utk kak azie.terima kasih sudi datang.
mr right: ala..lalu je.. sini xde tol.:)
kalau tgk keadaan hidup mereka..suami kerja pemandu lori.. isteri x bekerja.. mampukah dia nak kawin lagi? ambil kira bukan sahaja dari segi kemampuan (dan kehendak) batin, tetapi zahir dan juga rohaniah.
<< Home