In Transition

Minum Pagi

Saya ada satu senario.

Waktu minum pagi. Pegawai ajak minum bersama-sama. Minum dalam konteks ini bermaksud, naik kereta untuk pergi ke restoran dan menikmati ‘minum pagi’ itu. Restoran itu pula terletak di luar kawasan kampus. Heh. Tapi saya dengan pegawai, dari setengah jam, akhirnya sejam waktu minum saya itu.

Dia membawa saya ke Restoran L di kawasan perumahan berhampiran untuk menjamu Nasi Kerabu pada pukul 9.00 pagi yang agak buta itu. Sebelum ini saya akan mencari soto atau pun makanan yang agak ringan sebagai minum pagi, walaupun saya tidak turun makan tengahari kemudiannya. Dalam hati saya, wah pagi-pagi makan besar! Berat mata saya nanti ni. Tiba di restoran itu, saya pun memesan makanan yang sama dengannya iaitu Nasi Kerabu berlaukkan daging goreng dan telur asin, bersama segelas limau suam. Masya Allah, sedap sungguh Nasi Kerabu itu. Hidangannya pun banyak. Terkial-kial untuk saya menghabiskannya (saya ni kalau makan memanglah sangat lembap).

Dia telah pun menghabiskan makanannya, sebelum saya. Apa lagi, yang tinggal dalam pinggan terus sahajalah saya kunyah dua tiga kali, suap, kunyah dua tiga kali, suap. Air limau suam pun dua tiga teguk saya habiskan. Bukan apa, segan. Saya keluar bersama pegawai, sudahlah melebihi tempoh yang dibenarkan, makan pula lambat-lambat. Nanti dia ingat saya ini orang yang suka melengah-lengahkan masa pula. Tiba waktu untuk membayar, saya bertambah lagi segan. Dia telah membayarkan makanan saya.

Soalan saya adalah:

  1. Bagaimana untuk bertanya pada yang membayar, adakah dia bayarkan untuk saya atau sebaliknya?
  2. Kalau saya bertanya, takut tersinggung pula. Ya lah kan, dia adalah pegawai, makanan saya pun jumlahnya tidak sampai RM5. Tersinggung, sebab saya yang masih berstatus pelajar ini ingin memulangkan duitnya yang mungkin nilainya tidak seberapa itu.
  3. Kalau saya tidak bertanya pula, nanti takut dia pula berfikir, “Eh budak ini diam aja, bukannya nak offer duit dia”. Hati manusia kan, kita tidak tahu.
  4. Kalau saya terus berkata terima kasih pada nya, takut nanti “Eh, sejak bila aku cakap nak belanja, pandai-pandai aja dia ni”.

Jadi, sepanjang perjalanan pulang ke kampus tadi, perkara ini yang bermain-main di fikiran saya.

Dan saya tahu, situasi ini akan saya hadapi lagi pada masa akan datang. Saya cuma inginkan pendapat, bagaimana untuk menghadapi situasi ini dalam cara yang tidak menyinggung perasaan siapa-siapa, dan pada masa yang sama tidak kelihatan seperti saya mengambil kesempatan.

Apa pun, sebelum berpindah ke jabatan lain tengahari tadi, saya telah pun mengucapkan terima kasih kepada dia. Semoga rezekinya semakin murah, semurah hatinya membelanja saya makan Nasi Kerabu yang enak itu.

p/s: Untuk Ham dan Wani, hari ini saya ditempatkan di bahagian 'cataloguing'. Teringat kenangan bersama-sama Sharon si mata bulat mengajar kita membuat MARC record.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

lain kali kalau keluar dgn org yg sama, terus offer nak belanja dia atau terus jek bayar sebelum dia bayar

eerr....nasi kerabu kat mana ehh??? ni kalau abang tahu ni bole pi jalan-jalan cari makan...hehhe

1:33 am  
Blogger Cik Ana said...

terus offer nak belanje??? WAHHHH.. kite student, tarak duit laaaaaaar

diorg officer maaa.. heeheh.

9:07 pm  
Anonymous Anonymous said...

ok then...kalau selalu sgt keluar, lain kali trus bayo utk diri sendiri, well nampak cam selfish but then again like u said u r student , mesti diaorg paham...

9:30 am  

<< Home